Jurubahasa Gred L17

Jurubahasa Gred L17
Kumpulan: Sokongan
Kem/Jab: Pelbagai Kementerian/Jabatan
Jadual Gaji:
GAJI MINIMUMGAJI MAKSIMUMKADAR KENAIKAN
GAJI TAHUNAN
RM 931.00
RM 3,379.00
RM95.00
Syarat Lantikan:
(i) Jurubahasa Melayu
  • Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan dengan Kepujian Bahasa Malaysia / Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian lisan) dan Kepujian Bahasa Inggeris pada peringkat peperiksaan tersebut;
    [ Gaji Permulaan : RM931.00 ] atau
  • Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan dengan Kepujian Bahasa Malaysia / Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian lisan) dan Kepujian Bahasa Inggeris pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia;
    [ Gaji Permulaan : RM1,381.63 ] atau
  • Sijil Tinggi Agama Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan dengan kepujian Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) dan kepujian Bahasa Inggeris pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia.
    [ Gaji Permulaan : RM1,381.63 ]
(ii) Jurubahasa selain daripada Jurubahasa Melayu
  • Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan dengan lulus Bahasa Malaysia / Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian lisan) dan Kepujian Bahasa Inggeris pada peringkat peperiksaan tersebut;
    [ Gaji Permulaan : RM931.00 ] atau
  • Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan dengan lulus Bahasa Malaysia / Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian lisan) dan Kepujian Bahasa Inggeris pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia;
    [ Gaji Permulaan : RM1,381.63 ] atau
  • Sijil Tinggi Agama Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan dengan kepujian Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) dan kepujian Bahasa Inggeris pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia;
    [ Gaji Permulaan : RM1,381.63 ] dan
  • lulus Ujian Lisan bahasa / dialek berkaitan yang dikendalikan oleh Pihak Berkuasa Melantik.
Deskripsi Tugas:
Menterjemah kes-kes dalam mahkamah terbuka dan kamar hakim, mencatat/merekod prosiding atau keputusan kes-kes di dalam fail-fail yang telah dibicarakan, mengemaskinikan buku Eksibit dan Diari Mahkamah, menyediakan laporan Harian/Bulanan serta memastikan dan menyediakan fail-fail kes sebelum dihantar kepada hakim.

About the Author

Job2uSabah

Author & Editor

Pengiklanan Percuma Pasaran Sabah

Post a Comment

 
One Stop Sabahan © 2015 - Designed by Templateism.com