Pegawai Bomba Gred KB17




Pegawai Bomba Gred KB17
Kumpulan: Sokongan
Kem/Jab: Jabatan Bomba dan Penyelamat
Jadual Gaji:
GAJI MINIMUMGAJI MAKSIMUMKADAR KENAIKAN
GAJI TAHUNAN
RM 936.00
RM 3,424.00
RM95.00
Syarat Lantikan:
i)Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan;
[ Gaji Permulaan : RM936.00 ]
ii)mempunyai syarat-syarat ukuran fizikal dan pancaindera seperti yang berikut:
a)tinggi sekurang-kurangnya 1.57m bagi lelaki dan 1.53m bagi wanita tanpa bersepatu;
b)berat badan sekurang-kurangnya 48kg bagi lelaki dan 46kg bagi wanita.
c)mempunyai ukuran dada yang biasa sekurang-kurangnya 79sm dan 84sm semasa menarik nafas (lelaki sahaja);
d)lulus dalam ujian penglihatan bagi mata kiri dan kanan yang diuji berasingan dengan ketetapan V/6/9 tanpa menggunakan cermin mata;
e)pengecaman warna dan pendengaran yang tidak cacat; dan
f)diperiksa dan diperakui sihat untuk berkhidmat oleh pengamal perubatan berdaftar.
iii)lulus ujian-ujian yang ditetapkan oleh Ketua Perkhidmatan seperti berikut:
a)mengangkat berat seberat 54kg bagi lelaki dan 46kg bagi wanita;
b)menjulang dan menegakkan tangga Ajax;
c)menaiki tangga penyelamat 16.5m; dan
d)memanjat tali.
iv)lulus Bahasa Malaysia / Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
Lantikan Bekas Anggota Tentera:
Bekas anggota tentera yang sekurang-kurangnya berpangkat Sarjan atau Staf Sarjan yang mempunyai pengalaman berkhidmat sebagai Aerofireman Driver Class I dan telah menamatkan perkhidmatan dengan baik serta berkebolehan bertutur, membaca dan menulis dalam Bahasa Malaysia dengan memuaskan. Calon hendaklah juga memenuhi syarat-syarat lantikan yang ditetapkan di perenggan (ii) dan (iii) di atas.
Syarat Peningkatan Secara Lantikan (PSL):
Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Ahli Bomba adalah layak dipertimbang oleh Pihak Berkuasa melantik berkenaan untuk PSL ke jawatan Pegawai Bomba Gred KB17, tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:
  • mempunyai kelayakan di perenggan (i) di atas; atau
  • lulus Peperiksaan Khas; dan
  • berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan.
Deskripsi Tugas:
  • Melaksanakan kerja-kerja operasi pemadaman dan penyelamatan.
  • Melaksanakan kerja penyelenggaraan harian ke atas jentera bomba dengan cekap.
  • Mengendalikan pam bomba.
  • Melaksanakan tugas-tugas pemanduan jentera bomba dengan cekap.
  • Melaksanakan kerja-kerja di Bilik Kawalan dan Pengawasan.

About the Author

Job2uSabah

Author & Editor

Pengiklanan Percuma Pasaran Sabah

Post a Comment

 
One Stop Sabahan © 2015 - Designed by Templateism.com