Pembantu Tadbir (Kewangan) Gred W17




Pembantu Tadbir (Kewangan) Gred W17
Kumpulan: Sokongan
Kem/Jab: Pelbagai Kementerian/ Jabatan/Pentadbiran Kerajaan Negeri Sembilan, Melaka dan Pulau Pinang
Jadual Gaji:
GAJI MINIMUMGAJI MAKSIMUMKADAR KENAIKAN
GAJI TAHUNAN
RM929.00
RM3,377.00
RM95.00
Syarat Lantikan:
  • SPM atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta kepujian dalam mata pelajaran Matematik atau Perdagangan atau Akaun pada peringkat peperiksaan tersebut;
    [ Gaji Permulaan : RM929.00 ] atau
  • SPM serta sijil Perdagangan Malaysia Peringkat Pertengahan (Simpan Kira-kira) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan;
    [ Gaji Permulaan : RM985.13 ] atau
  • SPM serta Sijil Perdagangan Malaysia di Peringkat Tertinggi (Perakaunan) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan;
    [ Gaji Permulaan : RM1,154.33 ] atau
  • Sijil Pengurusan Perniagaan atau Sijil Penyimpanan Kira-kira daripada Politeknik di bawah Kementerian Pendidikan atau kelayakan dalam bidang berkaitan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan;
    [ Gaji Permulaan : RM1,379.92 ] dan
  • Kepujian B.M (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat SPM atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
Deskripsi Tugas:
Bertanggungjawab ke atas tugas-tugas kewangan sepenuh masa dengan membantu pihak pengurusan/penyelia dalam urusan-urusan seperti berikut:
  • Menyedia dan mengemaskinikan belanjawan tahunan.
  • Mengurus dan mengawal peruntukan.
  • Menyelenggara rekod dan menyediakan laporan perbelanjaan.
  • Mengurus, menyelenggara, memantau semua jenis panjar.
  • Mengurus, merekod dan mengambil tindakan susulan berhubung dengan pendahuluan diri, pendahuluan pelbagai, pinjaman komputer dan pinjaman kenderaan.

About the Author

Job2uSabah

Author & Editor

Pengiklanan Percuma Pasaran Sabah

Post a Comment

 
One Stop Sabahan © 2015 - Designed by Templateism.com