SUARA MUALAF SABAH



Alhamdulillah sejak penggunaan ICT berleluasa dalam kehidupan manusia, ramai dalam kalangan kita mendapat manfaat darinya. Misalan, kita tidak perlu lagi beratur panjang membayar bil di pejabat pos setiap bulan, hanya perlu menekan papan kekunci atau tetikus di depan kita. Begitu juga, jika inginkan maklumat tentang beberapa perkara at awam serata dunia, amat mudah dan cepat.  Namun begitu, kita perlu sedar dan beringat bahawa bukan semua maklumat yang kita cari di alam maya itu, benar belaka. Sebagai pencari, kita mestilah selalu merujuk dapatan kita di alam maya kepada pihak yang lebih mengetahui. Bukan sekali dua, tetapi berkali-kali, apalagi yang melibatkan ilmu Islam, hujum syarak dan seumpamanya.
Justeru liputannya luas tanpa sempadan, aplikasi maya dilihat sebagai ruang dan peluang menyampai maklumat dengan cepat bahkan tercepat. Maka, apa jua jenis info; bergambar atau tidak, akan kita terima sama sebagaimana yang diterima oleh penerima-penerima lain melalui pelbagai aplikasi yang dipasang dalam gajet kita.
Dunia dakwah juga turut tidak ketinggalan terkena tempias teknologi ini. Daripada pengamatan kasar, segelintir pendakwah berkongsi manfaat dengan pembaca  apabila menyertakan pos yang dibuat dengan gambar-gambar sebagai penguat cerita sehingga pihak pembaca sedar dan ingin menyertai program berkaitan.  Alhamdulillah, inilah yang kita mahukan dalam keterbukaan yang ada di era teknologi ini. Sebab itu, kita tidak bosan walaupun berkali-kali memperkatakan tentang pemerkasaan dakwah maya supaya hasilnya,  para pembaca dan pencari atas talian dihidangkan dengan berita-berita tepat dan benar. Bukannya palsu,  bohong dan fitnah.
Namun, kita juga sedar bahawa terdapat segelintir lagi pendakwah yang mengambil kesempatan untuk menyampaikan berita palsu kepada pembaca. Bahkan, ada yang tidak segan silu malahan berani mengambil@ mencuri pos orang lain dengan mengubah butiran sebenar info berkaitan lalu mengajak pihak pembaca menyertai program tersebut walhal dia (pengepos) sendiri tidak pernah tahu bahkan tidak pernah datang ke tempat yang diperkatakannya. Bukankah ini namanya pembohongan? Mereka yang bersikap seperti ini bukan saja membohongi pembaca, bahkan mengeksploitasi sesuatu keadaan demi kepentingan peribadi.
Kepada mereka yang bersikap seperti ini, hentikanlah perbuatan terkutuk anda. Meskipun bersifat membantu tetapi pernyataan yang diberi tidak jujur. Kongsikanlah perkara sebenar, yang benar-benar anda berbuat, bukan berpura-pura berbuat perkara yang anda tidak lakukan. Setakat 'menempel' dalam program itu tidak mengapa tapi, cukuplah-cukuplah menjadi parasit.
Kepada pihak pembaca, kalian perlu bijak. Pastikan setiap kongsian di alam maya itu benar-benar belaka. Seyogialah kalian sendiri turun ke lokasi untuk melihat sejauh mana kebenaran pos-pos di maya.  teruskan ke

About the Author

Job2uSabah

Author & Editor

Pengiklanan Percuma Pasaran Sabah

Post a Comment

 
One Stop Sabahan © 2015 - Designed by Templateism.com