D'IMPIAN INN


 

PROFIL D'impian Inn
D'Impian Inn telah beroperasi secara rasminya pada 01 Julai 2009, Hotel ini telah dirasmikan oleh Penaung D'impian Group, Puan Noriah binti Othman. Sebelum itu, diadakan bacaan Yasin dan tahlil dan disusuri dengan solat dhuha di Dewan Hotel. Hotel ini merupakan sebuah hotel bajet dimiliki 100% bumiputra yang bercirikan moden dan Islamik yang berkonsepkan Ketimuran. D'impian Inn juga menyediakan kemudahan yang diperlukan oleh pengunjung.

D'impian Inn Hotel (Parit Raja, Johor) adalah salah satu rangkaian perniagaan D'impian Group yang juga menjalankan jenis perkhidmatan perhotelan dan penginapan di beberapa lokasi iaitu di D'impian inn (Shah Alam) dan D'impian Resort & Training Centre( Muar, Johor) . Dengan wujudnya hotel ini akan menambah satu lagi pilihan penginapan yang murah dan selesa di daerah Batu Pahat, Johor.

D'impian Inn juga dirangkaikan dengan penginapan secara Homestay sebagai penginapan alternatif bagi menampung keperluan sekiranya hotel penuh. Penginapan Homestay ini disediakan di berhampiran dengan D'impian Hotel dengan suasana kampung. Hotel ini juga menyediakan sejumlah 60 bilik untuk dinikmati oleh oleh para pelanggan. Bilik Superior (single) sesuai bagi pelanggan yang memerlukan ruang tidur dan rehat yang ekonomi. Manakala bilik superior (Double) bagi pelanggan yang berpasangan. Bagi mereka yang berkeluarga boleh memilih bilik jenis Deluxe manakala bagi pelanggan yang mementingkan keselesaan dan ketenangan bolehlah memilih Master Executive yang dihiasi fabrik serta hiasan dalaman..

Kemudahan dalam bilik (bergantung kepada jenis bilik) :-

- Bilik berhawa dingin
- LCD TV
- Wifi
- Bar mini/Peti sejuk
- Cerek
- Air panas/sejuk
- Seterika/papan
- Sejadah, Al-Quran dan arah kibalat
- Bantal dan selimut tambahan
- Kain batik dan kain pelikat
Di samping itu hotel ini juga menyediakan perkhidmatan beberapa bilik seminar kepada pelanggan. Hotel ini mempunyai 4 ruang bilik seminar bersaiz sederhana yang memuatkan sekitar 30-50 peserta dalam satu-satu masa bergantung kepada jenis bilik seminar yang dipilih. 

Kami juga mempunyai satu dewan besar yang memuatkan sekurang-kurangnya 200 kapasiti peserta. Dewan ini boleh dibuat untuk majlis perkhawinan, kursus, seminar dan lain-lain kegunaan.

Disamping itu juga, kami juga mempunyai 2 ruang dewan makan dan satu cafe/kopitiam bagi kemudahan pengunjung.
Bagi pengunjung yang ingin menggunakan kereta sewa, kami juga menyediakan perkhidmatan bagi kemudahan pengunjung.

Terletak di tengah kepesatan pertumbuhan pekan Parit Raja iaitu di 20 KM dari Bandar Batu Pahat Johor, D'impian Inn boleh dikunjungi dari plaza tol Air Hitam oleh pelanggan yang menggunakan lebuhraya utara-selatan. Ia juga terlatak hanya 1 KM dari Universiti Tun Husein Onn (UTHM) dan berhampiran dengan pekan Air Hitam.


HOTEL AT PARIT RAJA, BATU PAHAT 607-453 2744 / 019-7315744 / 019-7143224

About the Author

Job2uSabah

Author & Editor

Pengiklanan Percuma Pasaran Sabah

Post a Comment

 
One Stop Sabahan © 2015 - Designed by Templateism.com